Proton X70 buat pengunjung bertuah pada malam pelancaran TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Disember – Orang ramai yang hadir memeriahkan Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Dan Ambang Tahun Baharu 2024 pada 31 Disember ini berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Proton X70.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan cabutan bertuah itu dibuka kepada mana-mana pelancong mahupun orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan itu.

Katanya, selain Proton X70 pelbagai hadiah menarik lain menanti orang ramai antaranya barangan elektrik serta pelbagai lagi.

“Sempena TMM2024, Kerajaan Negeri telah menambah lagi dua buah kereta cabutan bertuah manjadikan secara keseluruhan adalah tujuh daripada lima buah kereta yang diumumkan sebelum ini.

“Kita akan menawarkan hadiah cabutan bertuah ini kepada mana-mana pengunjung bertuah pada malam pelancaran itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Vest dan Buku Passport Volunteer Tahun Melawat Melaka 2024 dan Inisiatif Paramadek Komuniti di Grand Stage Pelancaran TMM2024, di Pengkalan Rama, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhammad Akmal Saleh, Barisan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan sebanyak lima buah kereta, tiga buah motosikal elektrik dan sebuah bot akan ditawarkan kepada penginap hotel bertuah pada pada tahun hadapan.

Program cabutan bertuah Bercuti dan Menang sempena TMM2024 itu membuka peluang kepada pelancong yang menginap sekurangnya dua malam melayakkan mereka menyertai tawaran tersebut.

Selain itu, pelancong yang membelanjakan kos penginapan dan kupon tiket tarikan pelancongan di Melaka dalam satu resit dengan harga sekurang-kurangnya RM500 turut layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1407
Kongsi :
Previous post 200 sukarelawan, Paramedik Komuniti sedia jadi ‘duta’ TMM2024
Next post Kerajaan Negeri prihatin pembangunan Islam
Ubah saiz-+=