Pulau Upeh, permata Melaka yang akan dijaga – KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 15 Disember – Kerajaan Negeri akan memastikan Pulau Upeh di Klebang akan terus dijaga tanpa sebarang pembangunan yang boleh menjejaskan ekosistem kawasan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia penting memandangkan Pulau Upeh merupakan antara lokasi pendaratan penyu karah di Melaka.

Jelasnya, walaupun Pulau Upeh terletak di jajaran projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), namun ketetapan telah dibuat agar tiada projek penambakan dibenarkan dalam jarak 500 meter dari pulau berkenaan.

“Pulau Upeh ini adalah bersifat projek pelancongan dan oleh itu kita tidak akan membenarkan sebarang projek yang boleh menjejaskan ekosistem dan alam sekitar di sekitar Pulau Upeh, termasuk tidak membenarkan tambakan pada jarak 500 meter daripada pulau berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab perbahasan yang dikemukakan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada ucapan penggulungan penangguhan sempena Perbahasan Usul Bajet Negeri Melaka 2023 di Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Terdahulu, Ban Hong menyuarakan kebimbangan terhadap projek pembangunan berhampiran Pulau Upeh yang dikhuatiri menyebabkan pendaratan penyu karah berkurangan.

Katanya, langkah terbaik dilakukan Kerajaan Negeri adalah untuk membangunkan Pulau Upeh sebagai salah satu produk eko pelancongan baharu demi memastikan Pulau Upeh yang menjadi permata Negeri Melaka dapat diwarisi generasi akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2945
Kongsi :
Previous post SAMB garis langkah jangka pendek dan panjang atasi isu bekalan air
Next post Pertama kali dalam sejarah, Bajet 2023 Negeri Melaka terima sokongan 100 peratus – KM
Ubah saiz-+=