
Pupuk minat orang muda belajar tulisan jawi, seni khat
BANDA HILIR 8 Mei – Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) meneruskan inisiatif pembelajaran teknik asas penulisan jawi dan seni khat menerusi Bengkel Pembuatan Tulisan Khat Jawi di Jalan Kota, di sini, baru-baru ini.
Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah berkata bengkel itu merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan dan memperkasakan warisan seni serta budaya tidak ketara.
“Penulisan jawi dan seni khat adalah sebahagian daripada identiti komuniti Melayu Islam, ianya juga khazanah berharga dalam sejarah serta kebudayaan kita.
“Justeru itu, kita tampilkan tenaga pengajar berpengalaman dalam seni ini iaitu Zaidi Osman seorang pesara guru berasal dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal.
“Bengkel ini bukan sahaja bertujuan mempelajari teknik asas penulisan jawi dan seni khat, tetapi menyemai minat selain memupuk rasa kasih terhadap warisan seni dalam kalangan generasi muda,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Penganjuran bengkel berkenaan mendapat kerjasama Al-Baihaqi Art Negeri Melaka dan turut dihadiri Kurator Bahagian Pembangunan Perzim, Faiz Mohd Baharom.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
