
Pusat tahfiz perlu ditadbir urus dengan baik, profesional – Tengku Hassanal
KUANTAN,10 Feb – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya pusat tahfiz di Pahang ditadbir urus dengan baik dan profesional agar kebajikan pelajar sentiasa terjaga.
Baginda bertitah aspek keselamatan perlu sentiasa dititik beratkan supaya kemalangan tidak diingini dapat dielakkan selain sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Pahang ketika ini mempunyai lebih 100 pusat tahfiz persendirian dan swasta yang telah dibangunkan.
“Saya tidak mahu berbangga dengan bilangan pusat tahfiz yang banyak, tapi pengurusannya lemah, asramanya usang, atapnya bocor, kebajikan pelajar tidak terjaga. Justeru pembukaan pusat tahfiz baharu mestilah disemak dengan teliti. Pusat tahfiz yang sedia ada juga perlu sentiasa diperiksa demi kebaikan semua pihak,” titah Tengku Hassanal.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2021 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada majlis itu, Tengku Hassanal berkenan mengurniakan sijil kecemerlangan kepada 57 pelajar MTNP atas pencapaian masing-masing.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
AI JADI ‘RAKAN’ BELAJAR, BUKAN TEMPAT BERGANTUNG
PENGKALAN BATU 27 September - Perkembangan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara bijak dalam pembelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat...
KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM
DUYONG 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat...
YOUTUBE JADI ‘GURU’, NUR SYAZWANI BERSINAR DI PENTAS DEBAT
SERI NEGERI 27 September - Tidak pernah menyangka penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat Bahasa Melayu berakhir dengan kejayaan meraih gelaran...
