Puteri UMNO Kota Melaka serah cadangan bantu peniaga terjejas

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 16 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka menggariskan tiga cadangan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi meringankan beban peniaga yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Tiga cadangan itu antara intipati memorandum yang diserahkan kepada Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman di pejabatnya di Kompleks Melaka Mall, di sini hari ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka, Nur Farhana Ab Ghani berkata, pihaknya menerima banyak aduan serta cadangan dari pelbagai latar belakang lokaliti dan tahap pendapatan sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Katanya, antaranya termasuk kebenaran khas bagi peniaga kecil berniaga di hadapan rumah dengan mematuhi syarat asas prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Selain itu, kita memohon pengecualian sewa khas gerai pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebagai contoh, gerai PBT berhadapan sebuah kilang di Batu Berendam terjejas teruk akibat ketiadaan pelanggan susulan Kluster Berendam direkodkan di kawasan itu.

“Jadi, besar harapab mereka supaya pihak MPHTJ mengecualikan sewa bulanan gerai sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Nur Farhana turut menyuarakan pandangan supaya MPHTJ menghapuskan denda lewat lesen bagi peniaga yang mahu memperbaharui lesen.

Mengulas lanjut, beliau berkatap peniaga tertekan apabila denda itu dikenakan apabila memperbaharui lesen.

“Kami mencadangkan supaya pihak MPHTJ mengurangkan beban mereka atau memberi lebih tempoh masa untuk memperbaharui lesen sehingga pandemik COVID-19 ini reda,” katanya.

Views:

866
Kongsi :
Previous post Kerajaan berhubung dengan 10 pengeluar vaksin COVID-19
Next post Pekan Kuala Sungai Baru dinaiki air
Ubah saiz-+=