Rakam sejarah ‘submariner’ Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

Oleh: Iqmal Haqim Rosman

KLEBANG 5 Januari – Muzium Kapal Selam di Klebang, merupakan salah satu daripada produk pelancongan Negeri Melaka yang menjadi tumpuan khusus dalam kalangan peminat ketenteraan tempatan dan luar negara.

Kapal selam berkenaan merakam sejarah amat besar buat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam usaha penubuhan armada peperangan bawah permukaan dan melahirkan pasukan ‘submariner’ pertama bagi perkhidmatan TLDM.

SMD Ouessant Agosta 70 ini digunakan sebagai platform latihan peperangan bawah permukaan bagi submariner TLDM dari 2005 hingga 2009.

Jentera perang berukuran 67.57 meter panjang, 11.75 meter tinggi dan 6.5 meter lebar ini dibina pada tahun 1978 dan pernah berkhidmat bersama Tentera Laut Perancis sehingga ditamatkan tauliahnya pada 2001.

Selam 6
RUANG terhad di bahagian pelancaran torpedo. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kerja-kerja membawa pulang kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini dari pangkalannya di Brest, Perancis dimulakan pada 7 Oktober 2011 dan tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November 2011.

Pengunjung didedahkan cara kehidupan submariner yang berkongsi ruangan sempit ketika melakukan aktiviti harian seperti makan dan beriadah selain tugasan hakikinya iaitu mengawasi perairan negara daripada kehadiran musuh.

Turut dipamerkan ialah model kapal dan kapal selam, diorama, audio visual, lukisan serta pakaian submariner.

Perkarangan Muzium Kapal Selam turut menempatkan dua pesawat pernah digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1216
Kongsi :
Previous post Suri rumah didakwa campak anak kucing dari tingkat 1
Next post Masjid di Duyong sedia khidmat urus jenazah percuma
Ubah saiz-+=