
Ramah mesra atlet, pemimpin negeri di rumah terbuka Aidilfitri
UJONG PASIR 22 Mei – Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) di Kampung Atap malam tadi meriah dengan kehadiran atlet-atlet negara.
Kehadiran kira-kira 10 atlet negara di rumah terbuka Aidilfitri Datuk Wira Nur Azmi Ahmad itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Negeri Melaka yang menjadi tuan rumah pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 19 hingga 22 Julai depan.

Kesemua atlet yang hadir berkesempatan beramah-mesra bersama pemimpin Kerajaan Negeri yang turut meriah dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Turut hadir pada rumah terbuka itu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta tetamu kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEKNOUSAHAWAN: MELAKA SEDIA LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN TVET
BANDA HILIR 21 April - Majlis TVET Negeri Melaka merangka pelbagai inisiatif baharu termasuk menerusi program teknousahawan dalam usaha melahirkan...
ORANG JOHOR MENANG CABUTAN BERTUAH UTAMA MELAKA RIVER CRUISE SUKU PERTAMA 2026
DUYONG 21 April - Bukan sahaja dapat menikmati keindahan panorama menelusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise, malah pengunjung dari...
MELAKA ANJUR KONVENSYEN DAN KARNIVAL KERJAYA JUN INI
BANDA HILIR 21 April - Melaka bakal menganjurkan Konvensyen dan Karnival Kerjaya Negeri Melaka 2026 pada Jun depan, kata Ketua...
MELAKA BANGUNKAN DATA RAYA TVET
BANDA HILIR 21 April - Kerajaan Negeri bakal mempercepatkan pembangunan Data Raya TVET sebagai usaha memperkukuh tadbir urus bidang Pendidikan...
MELAKA MAHU JADI ‘TALENT HUB’ KERJAYA TEKNIKAL, BERKEMAHIRAN TINGGI
BANDA HILIR 21 April - Melaka mahu terus mengorak langkah dan menjadi peneraju dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
TVET MELAKA LAKAR PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN, LAHIR 7 USAHAWAN JUTAWAN
BANDA HILIR 20 April - Melaka terus muncul sebagai antara 'kuasa' besar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional...
