Rauf alu-alukan serangan peribadi pembangkang

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TANJUNG BIDARA 19 Nov – Saya mengalu-alu serangan peribadi kerana ia adalah sifat yang tidak baik kepada mereka sedangkan saya tidak menyerang mana-mana karakter atau calon-calon dalam sifat peribadi,” kata calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka berpendirian untuk tidak menghiraukan serangan itu dan lebih bersikap profesional menerima seadanya dalam gelanggang politik.

Katanya, beliau menafikan sekerasnya segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya kerana mengganggap ianya tohmahan liar dan tidak berasas.

“Saya menegaskan segala tohmahan ini saya sangkal dengan sepenuhnya kerana ia merupakan tohmahan amat liar terhadap saya.

“Jadi semoga mereka yang telah pun melemparkan tohamahan ini diberi petunjuk Allah SWT pada hari Jumaat ini.

“Saya sebagai ahli politik saya terima segala kritikan dan tohmahan ini kerana kita berada dalam gelanggang politik yang seharusnya tidak ada satu sifat belas kasihan kepada mana mana individu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera Pilihan Raya UMNO yang berhempas pulas bagi menjalankan persiapan terakhir mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Seluruh jentera yang telah diberikan tanggungjawab dan amanah sedang memastikan bahawa setiap kali hari terakhir untuk kita dapat menunjukkan kebersamaan dalam mempertingkatkan lagi gerak kerja telah pun diatur sejak malam tadi.

“Semua jentera parti telah pun merumuskan gerak kerja untuk hari pengundian esok dan saya amat berpuas hati dengan gerak kerja yang telah dimaklumkan kepada saya di seluruh PDM seluruh negeri Melaka.

“Saya menyeru kepada semua jentera parti kerana hari ini adalah hari terakhir untuk kita menyempurnakan tugas kita dan memastikan semua pergerakan mengikut seperti mana yang dirancang,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

525
Kongsi :
Previous post Sulaiman: Mereka buat apa semasa berkuasa dahulu?
Next post DAP dakwa kedai ‘nombor ekor’ di Melaka akan tutup jika PN menang
Ubah saiz-+=