Remaja maut tercampak, motosikal terbabit kemalangan dengan kereta

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KUALA LINGGI 13 Mei – “Anak murid saya Shafeena, sangat baik orangnya, tinggi budi bahasa dan disenangi semua guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi dahulu.

“Cikgu doakan semoga Allah merahmati rohmu, ditempatkan bersama pada salihin,” demikian perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi di Facebook rasminya yang turut bersedih dengan pemergian remaja itu selepas terbabit kemalangan di Jalan Kampung Tengah, di sini, jam 5.30 petang semalam.

Terdahulu mangsa Nurul Shafeena Mohd Hasmawi, 15, tercampak sejauh 15 meter menyebabkan dia parah di kepala selepas motosikal Yamaha 135LC ditunggang Nurul Atiqah Musa, 15, melanggar sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu pesara tentara berusia 77 tahun.

KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, motosikal remaja terbabit sedang menghala ke arah Kuala Linggi manakala kereta berkenaan membelok dari simpang kedai runcit untuk ke Kuala Sungai Baru.

KEADAAN Yamaha 135LC dibonceng mangsa yang maut

“Motosikal berkenaan melanggar bahagian depan kereta terbabit menyebabkan pemboncengnya yang tercampak parah dikepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Sementara itu penunggang mengalami kecederaan di kaki dan kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Melaka dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian penunggang dan pembonceng motosikal dipercayai dalam perjalanan untuk beraya,” katanya.

Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2521
Kongsi :
Previous post Ekonomi Malaysia kembali ke landasan lebih kukuh pada suku pertama 2022- Mustapa
Next post Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Presiden UAE
Ubah saiz-+=