
Reman pemandu rempuh pasangan OKU bisu, esok
JASIN 6 Jun – Polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jasin, esok terhadap lelaki berusia 24 tahun yang disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) bisu maut dalam kemalangan di Jalan Serkam Pantai, di sini, 7.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, pihaknya akan memohon reman keatas pemandu Perodua Myvi itu bagi melancarkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Dia kini ditahan sementara dan esok kita akan bawa ke mahkamah untuk mendapatkan permohonan reman.
“Selain itu kami juga sedang menunggu laporan alkohol daripada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, selain suami isteri berkenaan seorang lagi mangsa berusia 57 tahun turut dilaporkan cedera ringan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MBMB PERINTIS TONG SAMPAH PINTAR PERTAMA DALAM NEGARA
AYER KEROH 10 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
YB ALONG BANTU REALISASIKAN IMPIAN ORANG ASAHAN MILIKI RUMAH
ASAHAN 10 April - Tawaran lot tanah antara inisiatif dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan...
RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH DALAM KESEDERHANAAN
PENGKALAN BATU 10 April - Kira-kira 1,500 tetamu hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
RUMAH BAHARU ROSMARIA ABADI KASIH ARWAH SUAMI
ASAHAN 10 April - Rumah baharu hasil perjuangan arwah suami yang bakal siap tidak lama lagi dianggap sebagai 'hadiah' paling...
WRUR ASAHAN: DEWAN TERBUKA ‘HADIAH’ 5 TAHUN PENANTIAN SMK SELANDAR
ASAHAN 10 April - Usaha berterusan pelbagai pihak lebih lima tahun lalu dalam memperjuangkan keperluan dan kemudahan di Sekolah Menengah...
PELUANG MILIKI RUMAH IDAMAN: MAPEX 2026 MELAKA TAWAR 3,118 UNIT HARTANAH SERENDAH RM70,000
KESIDANG 10 April – Ekspo Hartanah Melaka (MAPEX) Melaka 2026 menjadi platform terbaik untuk orang ramai memiliki kediaman pada harga...

