Restoran asam pedas terbesar Malaysia terima pengunjung Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KLEBANG 27 Jan- Restoran Asam Pedas Power Perigi Hang Li Po akan memulakan operasi 15 Februari ini bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong yang bercuti di negeri ini.

Pemiliknya Muhammad Firdaus Abdul Aziz berkata, cawangan keempat itu juga bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana mampu menampung hingga sehingga 1,500 pelanggan pada satu masa.

Katanya, restoran itu turut menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk keselesaan pelanggan singgah menjamu selera.

“Kita sediakan sebanyak 360 meja dan sasaran kami adalah menghidangkan 1.5 juta masakan asap pedas setahun. Pengiktirafan daripada MBOR nanti bakal menjadikan restoran ini sebagai antara lokasi tarikan utama pelancong,” katanya.

Dia memberitahu, antara kelainan ditawarkan di restoran itu adalah pelanggan boleh menentukan sendiri tahap kepedasan kuah asam pedas yang dipesan.

“Kuah asam pedas ditawarkan ada dua jenis iaitu ‘original’ (asli) dan pedas. Pedas original tidaklah terlalu pedas masih sesuai untuk kanak-kanak dan pelancong asing.

“Peminat hidangan pedas boleh pilih kuah pedas ‘terbakar’ yang kena dengan selera mereka,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, idea membuka restoran asam pedas terbesar itu timbul selepas kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan pelanggan makan di restoran (dine-in).

“Ketika itu, saya lihat ramai yang datang ke Melaka untuk menikmati asam pedas hingga menyebabkan kedai dan restoran menjual hidangan itu penuh. Timbul idea untuk buka cawangan keempat dengan keluasan boleh menampung pelanggan dalam jumlah yang ramai.

“Bukan saja selesa pelanggan datang bersama keluarga tak perlu tunggu lama untuk menjamah hidangan, parkir juga banyak boleh menampung 150 kenderaan pada satu masa,” katanya.

Restoran Asam Pedas Power Puteri Hang Li Po antara ikon makanan Melaka dan menjadi pilihan pelancong mahu menikmati hidangan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1903
Kongsi :
Previous post Mazlan Bujang umum letak jawatan, keluar Bersatu mulai hari ini
Next post 120,000 kenderaan dijangka masuk Melaka bermula esok – KP
Ubah saiz-+=