
Ribut kuat, MPHTJ giat usaha tebang pokok tumbang
AYER KEROH 11 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersama 28 anggotanya turun padang melakukan tindakan pantas menebang pokok besar yang tumbang rentetan hujan serta ribut kuat pagi tadi.
Yang Dipertuanya, Shadan Othman berkata, kerja-kerja itu dilaksanakan selepas menerima aduan pertama kira-kira jam 10 pagi di kawasan berhampiran Klinik Kesihatan Baru Berendam.
“Setakat ini 17 lokasi terlibat dalam bencana ribut ini, bagaimanapun kawasan paling terjejas di Malim dan Batu Berendam.
“Bukan hanya pokok tumbang, malah terdapat gerai-gerai jalanan dan khemah ditiup angin kuat dan menimpa kereta-kereta orang awam yang ‘parking’ di kawasan itu,” katanya kepada MHI.
Shadan berkata, bagaimanapun kesemua anggota MPHTJ yang ditugaskan turun padang sedang giat melaksanakan kerja-kerja membuka laluan dan menebang pokok yang tumbang.
“Hari ini kita fokus untuk membuka laluan dan menebang pokok yang menghempap sesuatu, contohnya hempap rumah penduduk, yang halang laluan pun kita target selesai hari ini.
“Selebihnya kita akan selesaikan esok, setakat ini tiada kemalangan melibatkan fizikal seseorang,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF JADI KETUA MENTERI BOLEH, JADI PENGACARA MAJLIS PUN BOLEH
KLEBANG 1 November - Bukan sahaja menerajui pentadbiran negeri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga boleh...
RM200 JUTA PERKASA PENDIDIKAN, 140,000 ANAK MELAKA TERIMA MANFAAT
AYER KEROH 1 November - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM200 juta dalam tempoh tiga tahun bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan...
VR, TEKNOLOGI KITAR SEMULA ANTARA INOVASI 62 HAK CIPTA MUCM
BUKIT KATIL 1 November - Aplikasi pembelajaran berasaskan Realiti Maya (VR) secara gamifikasi serta inovasi teknologi kelestarian alam antara hasil...
PRN MELAKA: SEJAK 2005 DEKATI RAKYAT, BAN HONG MAHU PACU MASA DEPAN KLEBANG
TANJUNG BIDARA 1 November - Bermula dengan penglibatan dalam khidmat masyarakat pada 2005, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan...
PUJIAN CALON PH: TOK RAUF TAK ANGGAP TIKET UNTUK SELESA
AYER LIMAU 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh...
‘JANJI RAZAK’ BUAT PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 1 November - Manifesto calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak...
