
KKBBM hadkan pendaftaran pelajar baharu
BUKIT BERUANG 11 Ogos – Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menerima seramai 82 pelajar baharu bagi sesi Jun 2020, baru-baru ini.
Pengarahnya Jamalluddin Mohd Ali berkata, pengambilan pelajar hanya 50 peratus daripada sesi pengambilan biasa bagi mengekang pandemik Covid-19 pada ketika ini.
“Buat pertama sesi pendaftaran pelajar baharu ini dijalankan selama dua hari di mana pada hari pertama melibatkan pelajar Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Servis Kenderaan Ringan.
“Hari kedua melibatkan pelajar Sijil Kulinari dan Sijil Operasi Perhotelan. Jumlah ini merupakan separuh dari pengambilan biasa memandangkan negara masih berdepan dengan pendemik Covid-19,” katanya kepada MHI.
Katanya, walaupun suasana hari pendaftaran kali ini berbeza, rata-rata pelajar dan ibu bapa dilihat memberi kerjasama bagi melancarkan segala proses mengikut amalan norma baharu.
“Semua yang hadir memakai pelitup muka dan mendaftarkan diri di kaunter saringan suhu badan sebelum memasuki premis KKBBM serta mengikut laluan khas yang ditetapkan.
“Pada kali ini pelajar dan penjaga hadir secara berperingkat mengikut masa yang ditetapkan bermula jam 8 hingga 11 pagi,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...

