
Ribut Melaka: “Ini kali pertama insiden seperti ini berlaku”
MALIM 11 Ogos – “Keadaan ketika itu agak panik dan kami hanya fikir untuk selamatkan diri dengan bergegas berlari ke stesen minyak bersebelahan untuk berlindung,” kata pemilik gerai makan Khalil Md Kasim, 48.
Dalam kejadian kira- kira jam 10 pagi itu, gerai makan miliknya di Kampung Malim, di sini, mengalami kerosakan teruk selepas diterbangkan puting beliung.
Menurut Khalil, kejadian berlaku amat pantas dan dalam sekelip mata sahaja bumbung kedai serta peralatan kedainya termasuk rak yang meletakkan lauk pauk terbang dan terbalik.
“Memang tidak jangka insiden ini akan berlaku, ingatkan hanya hujan lebat dan angin kencang sahaja sebelum disusuli angin berpusar seakan ribut taufan.
“Saya terus menjerit meminta pekerja dan pelanggan seramai lima orang yang sedang menjamu selera untuk selamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, walaupun kedainya mengalami kerosakan teruk, namun dia bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa.
“Sejak lapan tahun berniaga di sini, ini kali pertama insiden seperti ini berlaku. Kawasan ini memang laluan angin kerana berdekatan sawah,” katanya yang menganggarkan kerugian akibat bencana itu kira- kira RM80,000.
Views:
Related


Berita Lain
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
