Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, dirangsang oleh pengukuhan harga minyak

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 2 Jun – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas harga minyak mentah terus mengukuh.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1250/1257 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Selasa iaitu 4.1265/1283.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS bergerak mendatar berbanding ringgit meskipun data Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) ISM untuk AS menunjukkan angka positif.

“Dolar berjaya naik 0.05 peratus sahaja berbanding mata wang Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, harga minyak meningkat dengan ketara pada Selasa kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun dengan Brent disebut harga pada US$71 setong.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) pada mesyuarat yang diadakan semalam mengambil keputusan mengekalkan rancangan meningkatkan pengeluaran minyak untuk bulan Julai sebanyak 840,000 tong sehari.

Ketika ini, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 0.63 peratus kepada US$70.69 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi ketika dibuka pagi ini berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 3.1196/1204 daripada penutupan semalam 3.1229/1255 dan meningkat sedikit berbanding yen kepada 3.7632/7639 daripada 3.7638/7789.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 5.0416/0423 daripada 5.0491/0514 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8401/8421 daripada 5.8583/8621 sebelumnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post Empat individu lemas mandi di Pantai Gorongan, Putatan
Next post Kemudahan digital galak pendeposit TH tambah simpanan sewaktu pandemik
Ubah saiz-+=