RM2,000 untuk anak Melaka ikuti kursus bimbingan keusahawanan

AYER KEROH 27 Jan – Peruntukan khas RM2,000 akan disalurkan buat anak jati Melaka yang mengikuti Kursus Bimbingan Usahawan secara percuma selama 14 hari di negeri ini.

Pengurus Besar Institut Tun Perak (ITP), Hazzlan Sama berkata, program itu ditawarkan kepada pemegang diploma atau ijazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti belum bekerja yang menamatkan pengajian pada 2019, 2020 serta 2021.

Jelasnya, peruntukan tunai secara ‘one-off’ akan disalurkan kepada peserta berjaya menamatkan kursus berkenaan yang dianjurkan kerajaan negeri menerusi kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kursus Bimbingan Usahawan dibawah program inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) – [email protected] atau program Latihan keusahawanan akan diadakan pada peringkat negeri.

“Menerusi kursus ini peserta juga akan disertakan dengan Sijil Kompetensi atau Profesional dan didedahkan dengan bimbingan mendaftar syarikat menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Empat sesi akan dibuka sepanjang kursus pada tahun ini dengan kuota seramai 50 peserta pada setiap kursus,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, bagi tahun ini kursus dimulakan dengan ‘Young Agropreneur Program’ pada 21 Mac hingga 3 April, diikuti ‘Transformation Business Into e-Commerce Programme’ (21 Mac – 3 April); ‘The Secret of How To Set Up Printing Production Business’, (16 Mei – 29 Mei) dan ‘The Secret of How To Online The Business and Marketing Like Pro’ (16 Mei- 29 Mei).

“Tempat adalah terhad, sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran boleh hubungi talian 06-317 4475 atau 011-1111 7547 atau emel ke [email protected] atau talian faks di 06-317 2671,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Previous post Februari diisytihar bulan miskin tegar Wilayah Persekutuan
Next post Jabatan Penjara benar lawatan keluarga sempena Tahun Baharu Cina