RM20,000 wang pesara kerajaan lesap ditipu Macau Scam

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

IPOH, 21 Jun – Seorang pesara kerajaan di Teluk Intan mengalami kerugian apabila wang simpanan persaraannya sebanyak RM20,000 lesap akibat menjadi mangsa sindiket Macau Scam, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 76 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai bungkusan barangan penghantaran ke Sabah dengan kandungan sekeping kad pengenalan milik mangsa dan lima keping kad ATM dari pelbagai bank namun pengadu telah menafikan.

“Seterusnya mangsa telah disambungkan pula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah supaya membuat laporan polis dan kemudian disambungkan kepada pihak mahkamah kononnya pengadu terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata mangsa sekali lagi dihubungi pada 16 Jun lepas oleh sindiket tersebut dan meminta mangsa melakukan pindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi memastikan wang yang dimiliki oleh mangsa adalah bersih daripada kesalahan jenayah penggubahan wang haram.

Menurutnya mangsa telah melakukan pindahan wang untuk dimasukkan ke dalam akaun suspek di sebuah bank cawangan di Teluk Intan kononnya bagi mengelakkan akaun bank mangsa dibekukan oleh pihak Bank Negara.

“Mangsa menghubungi semula suspek namun tiada sebarang jawapan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan semalam setelah mendapati dirinya ditipu oleh sindiket berkenaan,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

973
Kongsi :
Previous post Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund pagi ini
Next post Samirah, dua remaja lelaki bebas tuduhan membunuh CEO Cradle Fund
Ubah saiz-+=