RM3.25 juta menerusi TAWP diagihkan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KESIDANG 18 Okt – Sebanyak RM3.25 juta telah diagihkan menerusi Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bagi membantu kebajikan pesara polis di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini pihaknya menerima 1,635 permohonan daripada lebih 42,000 pesara polis di seluruh negara.

Katanya, terdapat lima bantuan di bawah TAWP iaitu iaitu khairat kematian, bantuan pergerakan, perubatan seperti anggota palsu, pendidikan dan benca alam.

“Sebanyak 1,635 permohonan telah diperolehi dan bayaran yang telah dibuat menerusi tabung berkenaan adalah sebanyak RM3,251 628.

“Menerusi TAWP, sebanyak lima kategori bantuan iaitu, bantuan penguruan jenazah sehingga RM1,500, bantuan pergerakan sehingga RM1,000 dan bantuan perubatan bagi anggota palsu maksimum 5,000.

“Manakala bagi bantuan pendidikan, bantuan diberikan sehingga RM3,000 dan bantuan bencana alam maksimum berjumlah RM10,000,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 20 asnaf dan pesara polis di Balai Polis Malim, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, meskipun TAWP telah diwujudkan sejak tahun 1992, namun masih ramai pesara polis yang tidak mengetahui manfaat tabung berkenaan.

“Bagaimanapun masih ada yang belum membuat permohonan, jadi kita uar-uarkan supaya mereka maklum mengenai bantuan mengikut lima kategori tersebut.

“Bagi kontinjen Melaka, kita ada seramai 1,200 pesara polis, jadi kita mahu uar-uarkan supaya kebajikan mereka ini terjaga,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 20 asnaf dan pesara polis di Balai Polis Malim, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post Idris Haron belum buat keputusan kerusi ditandingi
Next post Kerajaan cukup beri penerangan kebaikan vaksin – Khairy
Ubah saiz-+=