Sorting by

×

RM5 JUTA PASANG, NAIK TARAF LAMPU JALAN SELURUH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TELOK MAS 25 Jun – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan pemasangan dan kerja naik taraf hampir 600 unit lampu jalan seluruh negeri ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, inisiatif dijangka selesai sepenuhnya menjelang September depan adalah antara ushasa berterusan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM3.5 juta disalurkan untuk kerja pemasangan lampu jalan di laluan negeri manakala RM1.5 juta lagi bagi jalan-jalan kampung.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan asas rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Sentuhan Kasih Asnaf sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hameed berkata, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pengguna jalan raya selain membantu mengurangkan risiko kemalangan dan jenayah di kawasan yang kurang pencahayaan.

“Kerajaan Negeri akan terus mengenal pasti lokasi-lokasi yang memerlukan penambahbaikan pencahayaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara sekali gus keselamatan rakyat juga terjamin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

617
Kongsi :
Previous post ISU INFESTASI LALAT FELDA MENGGONG DIBERI PERHATIAN SERIUS
Next post NORLINA BERSYUKUR MAIM SENTIASA MEMBANTU