
RM6,000 untuk bayi bertuah
AYER KEROH 10 Dis. – Seramai 40 bayi bertuah yang lahir di Melaka semalam bakal menerima ‘bonus’ sebanyak RM6,000.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, semakan mendapati, semua bayi berkenaan layak mendapat pemberian khas berbentuk pembiayaan khas berjumlah RM150 melalui akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali semalam.
“Semalam sahaja , seramai 40 bayi dilahirkan di seluruh negeri dan layak mendapat simpanan SSPN-i ini,” katanya ketika ditemui sebelum sesi hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Sulaiman ketika mengumumkan Belanjawan Melaka 2021 pada hari pertama persidangan semalam mengumumkan berita gembira itu buat semua ibu yang melahirkan bayi bermula dari jam 12.00 tengah malam semalam sehingga 11.59 tengah malam.
Menurutnya, bayi bertuah yang lahir di Melaka itu dipilih untuk menerima pemberian khas daripada Kerajaan Melaka berjumlah RM150 melalui pembukaan Akaun SSPN-i.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
