RTC Sungai Rambai sebagai pusat pengumpulan pertanian

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 3 Mac – Bangunan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai akan dirancakkan kembali sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian bagi mengelakkan kawasan itu terbiar umpama projek gajah putih.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, pelbagai manfaat boleh dibangunkan di kawasan berkenaan yang kini terbiar perlu dibangunkan dengan pelbagai model pembangunan bagi memeriahkan kembali kawasan terbabit.

“Kita akan melihat semula bagaimana membangunkan kembali kemeriahan RTC yang kini namanya ditukarkan kepada Pusat Komuniti Desa (PKD) oleh kerajaan terdahulu.

“Kerajaan negeri memang punyai hasrat untuk membangunkan dengan kemeriahan sebagai pusat penempatan produk pertanian khususnya buat masyarakat kampung dan sekitar kawasan berkenaan untuk memeperkasakan kegiatan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan diajukan Siti Faizah Abdul Aziz (BN-Sungai Rambai) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, pembangunan infrastruktur ke atas sebahagian struktur bangunan di kawasan itu perlu diperbaiki berikutan mengalami kerosakan dan memerlukan penambahbaikan dan penyelenggaraan.

“Pada dasarnya kerajaan negeri telah mengambil tindakan proaktif untuk tujan ini namun ia bukanlah mudah kerana melibatkan pelbagai pihak dan agensi bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat Persekutuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1432
Kongsi :
Previous post Pergiat usaha bantu penganggur di Melaka
Next post Jelajah AKM Johor buka tirai hari ini
Ubah saiz-+=