
RTM siar dokumentari istiadat perkahwinan diraja Agong, Permaisuri esok
KUALA LUMPUR 5 Mac – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan satu dokumentari mengenai istiadat Majlis Perkahwinan Diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, esok.
RTM dalam kenyataan semalam memaklumkan dokumentari bertajuk ’35 Tahun Menyulam Kasih-Dari Polo Ke Peterana’ itu berkongsi paparan 35 tahun yang lalu mengenai istiadat majlis perkahwinan diraja Seri Paduka berdua yang berlangsung pada Mac 1986.
Siaran itu menerusi tiga saluran TV RTM di TV1 dan Berita Ehwal Semasa (BES) masing-masing pada 9 malam serta TV Okey pada 8 malam.
“Bagi mereka yang tidak sempat menonton di televisyen, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM Mobile,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH
MACHAP JAYA 31 Mei - Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan...
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...
