
Rumah Media, pejabat MHI jadi ‘pulau’
AYER KEROH 17 Mei. – Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah di negeri ini ditenggelami air sehingga menjejaskan rutin harian penduduk.
Antara kawasan teruk terjejas adalah Rumah Media di MITC yang turut menjadi pejabat operasi Melaka Hari Ini (MHI) sehingga ia menjadi seperti ‘pulau’ apabila jalan masuk utama ditenggelami air sehingga paras satu meter.
Tinjauan mendapati, ia berpunca daripada limpahan air banjir dari kawasan tinggi daripada Bulatan MITC di berdekatan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke jalan utama Rumah Media.

Keadaan mengakibatkan kawasan berkenaan tidak dapat diakses malah beberapa kenderaan yang cuba meredah banjir juga terpaksa berpatah balik.
Kawasan selain MITC, kawasan lain teruk turut terjejas adalah Taman Rambai Utama apabila dinaiki air ke paras hampir dua meter sehingga hampir menenggelamkan pagar rumah penduduk.
Turut terjejas adalah Tehel, Jasin, Bertam, Sungai Udang, Bukit Katil, Paya Rumput, Sungai Putat, Cheng dan Bukit Beruang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:

Berita Lain
DR. AKMAL MAHU AKSES INTERNET JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI
MERLIMAU 26 November - Kemudahan akses internet asas perlu dipastikan tersedia kepada seluruh rakyat sebelum Melaka melangkah lebih jauh dalam...
SPM BUKAN SEKADAR PEPERIKSAAN, TETAPI PENENTU HALA TUJU ANAK MELAKA
LENDU 26 November - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan sekadar menjadi kayu ukur pencapaian akademik, sebaliknya memainkan peranan penting...
PROGRAM NGO JANGAN SEKADAR ‘RAYA SEHARI’, MESTI BERI IMPAK – NADARAJAH
SERI NEGERI 26 November - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Melaka diingatkan supaya tidak menganjurkan program sekadar memenuhi kuota tahunan,...
EXCO MELAKA MULA GERAK KERJA TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT
LENDU 26 November – Mesyuarat Exco pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi titik pemula kepada Kerajaan Negeri...
‘AH SEM’ PERJUANG KLINIK KESIHATAN BAHARU TEBONG
AYER KEROH 26 November - Permohonan pembinaan Klinik Kesihatan (KK) baharu di Tebong dengan cadangan tapak seluas lapan ekar akan...
ADUAN KOMUNITI AYER MOLEK SETIAP SELASA
SERI NEGERI 26 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek kini mempunyai saluran tetap untuk menyuarakan permasalahan setempat...

