Rumah Terbuka Aidilfitri JKR Melaka, umpama beraya di kampung

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Mei – Semua diwajibkan berbusana Melayu, itulah inisiatif kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka yang mahu memastikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aildifitri mereka, meriah dan penuh keceriaan.

KAKITANGAN JKR Melaka memakai busana tradisional di setiap gerai.

Apa tidaknya selepas dua tahun tidak dapat berhari raya dengan penuh kemeriahan, mereka mahu memastikan Syawal tahun ini disambut dengan sepuas-puasnya.

Malah bagi menjayakan penganjuran itu kakitangan menggunakan kreativiti menghias 14 gerai menyediakan pelbagai jenis hidangan agar kelihatan seperti suasana di kampung.

ISMAIL

Pengarah JKR Melaka Datuk Ir Ismail Ab Rahman berkata, pada penganjuran kali ini pihaknya menerima sekitar 800 tetamu daripada pelbagai agensi dan jabatan.

“Kami meraikan kakitangan termasuk di setiap daerah dan paling istimewa apabila, Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan EXCO negeri turut hadir.

“Antara hidangan kami sediakan adalah kambing golek, nasi briyani, sate dan aneka makanan kampung,” katanya ketika ditemui MHI, semalam.

RUMAH Terbuka Aidilfitri JKR Melaka mengetengahkan konsep tradisional.

Antara kenamaan lain turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum.

SULAIMAN berswafoto bersama kakitangan JKR Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1241
Kongsi :
Previous post Mansuh AP langkah tepat stabilkan harga makanan
Next post Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 4 kakitangan hospital
Ubah saiz-+=