Rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PUTRAJAYA 4 Mei – Kerajaan tidak membenarkan penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka hari raya bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu  berkuat kuasa bagi semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB), PKP Pemulihan (PKPP) mahupun PKP Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, bagaimanapun aktiviti ziarah bagi PKP, PKPB dan PKPP masih dibenarkan bergantung kepada ketetapan perintah kawalan yang dikenakan di setiap negeri masing-masing.

Jelasnya, aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja bagi kawasan PKP dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dan penjarakan fizikal.

“Bagi kawasan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) pula, aktiviti ziarah dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal.

“Bagi kawasan PKPB, kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala kawasan PKPP, ziarah dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka yang tinggal di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan menerima kunjungan tetamu luar dan hanya terhad beraya bersama keluarga di rumah sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

888
Kongsi :
Previous post Solat Aidilfitri, takbir raya di masjid dan surau dibenarkan
Next post Tidak perlu buka PKRC tambahan di Melaka – Rahmad
Ubah saiz-+=