Rundingan kerusi MUDA-PKR ditamatkan, gagal capai sepakat berhubung agihan kerusi

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JOHOR BAHRU, 18 Feb – Rundingan rasmi antara MUDA dan PKR tamat apabila kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan, susulan tindakan PKR yang akan mengumumkan senarai calon mereka di 20 kerusi yang dipertandingkan.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata pihaknya telah memberi komitmen berterusan untuk mengelakkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang, dan melalui rundingan bersama DAP dan Amanah, MUDA berjaya mengelak sebarang pertindihan kerusi.

“MUDA juga telah mengadakan siri-siri rundingan rasmi bersama pimpinan PKR namun mereka telah membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calon mereka di 20 kerusi sekali gus menamatkan rundingan rasmi bersama MUDA.

“Meskipun begitu, MUDA telah menyampaikan niat dan hasrat murni untuk mengelak sebarang pertindihan kerusi MUDA-PKR kepada rakan DAP dan Amanah. MUDA turut bersedia untuk meneruskan rundingan bersama PKR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau brkata sekiranya tiada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pimpinan PKR berkaitan kerusi MUDA-PKR, satu mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan jalan ke hadapan pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi pada PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai, manakala PKR dilaporkan menawarkan tiga kerusi kepada MUDA.

PRN Johor yang akan menyaksikan pertandingan 56 kerusi DUN itu ditetapkan pada 12 Mac depan. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

501
Kongsi :
Previous post Berdepan tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew serah kepada proses mahkamah
Next post Isteri arwah Abam Bocey menang saman fitnah Ali Puteh
Ubah saiz-+=