Salhah Salleh dilantik Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang baharu
AYER KEROH 1 Mac- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johar menerusi catatan Facebook rasminya.
Salhah. 49 memegang jawatan itu bagi menggantikan Zaidi yang dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka 5 Jan lalu.
Majlis angkat sumpah dan penerimaan watikah pelantikan berlangsung di Seri Negeri, sebentar tadi.
Salhah sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri pada November 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.