Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Melaka luar biasa – PM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 22 April – Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, disifatkan sangat luar biasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pujian perlu diberikan kepada Kerajaan Negeri Melaka bersama Kementerian Sumber Manusia yang menyelaras secara bersama sambutan berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, kehadiran lautan manusia pada majlis itu seakan menambahkan lagi kejayaan Melaka dalam menganjurkan beberapa acara dan sambutan sebelum ini apabila mendapat sambutan cukup hebat daripada rakyat.

“Beberapa acara di Melaka saya lihat sambutan rakyat amat membanggakan dan menggalakkan. Penghargaan perlu diberikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Kerajaan Negeri,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz; Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Menteri dan Timbalan Menteri; Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5149
Kongsi :
Previous post Sambutan Aidilfitri MADANI, gambaran kemakmuran Melaka
Next post PM setuju tambah peruntukan TVET Melaka
Ubah saiz-+=