Sorting by

×

SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DUN PAYA RUMPUT MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PAYA RUMPUT 7 September – Pekarangan Stadium Hang Jebat meriah dengan kehadiran ribuan penduduk sekitar sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2025.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati bermula seawal 7 pagi, orang ramai bersama keluarga masing-masing telah memenuhi kawasan stadium bagi mengambil bahagian dalam Family Fun Run yang mencatat penyertaan luar biasa seramai 1,300 peserta.

Sementara menunggu aktiviti larian sihat bersama keluarga berakhir, di tapak program terdapat beberapa pertandingan dan permainan tradisional yang memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Tidak kurang menarik, pertandingan dam aji dimonopoli oleh golongan veteran lelaki dan wanita dengan 130 penyertaan.

Manakala, permainan tradisional tidak dilupa, pertandingan konda-kondi yang membabitkan 24 pasukan turut mencuri perhatian dengan gelagat peserta yang mencuit hati.

Lebih menceriakan suasana, sebanyak 350 keluarga mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan pakaian berhias yang menjadi acara tumpuan pada kali ini.

Sambutan julung kali diadakan itu turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah motosikal elektrik dan pelbagai barangan elektrik.

Tidak ketinggalan, 500 peserta terawal Family Fun Run menerima T-shirt percuma manakala semua kanak-kanak yang menyertai acara pada sambutan itu turut membawa pulang hadiah sebagai kenangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post KERAJAAN NEGERI TELITI ISU NELAYAN TERJEJAS, MUARA CETEK DI PANTAI SIRING
Next post PEMANDU KREN DIREMAN DISYAKI DERA ANAK SAUDARA