
Sampai masa turap semula Jalan Benteng Parit Cina
AYER KEROH 28 Jan – Keadaan Jalan Benteng Parit Cina didakwa dalam keadaan tidak sempurna akan diberikan perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mohd Noor Helmy berkata, permasalahan membabitkan jalan berusia lebih 20 tahun itu perlu diselesaikan segera kerana menjadi laluan utama orang ramai dalam menyelesaikan urusan seharian.
“Jalan ini bukan setakat jalan pintas, tetapi laluan utama khusus ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Semabok dan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Semabok.
“Usia turapan asal jalan itu khabarnya sudah lebih 20 tahun, sudah sampai masa untuk diturap semula,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Terdahulu Mohd Noor Helmy mengadakan Kunjung hormat terhadap Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abd Hakim Hamzah, bagi membincangkan isu-isu berkaitan sungai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
