
Sanggup suntik air suling untuk dapat sijil vaksinasi – Polis
Ketua Polis TerengganuĀ Datuk Rohaimi Md Isa berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan 23 individu daripada pelbagai latar belakang, yang kesemuanya telah memiliki sijil vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera, namun mengakui tidak mendapatkan suntikan sebenar.
āAda di antara mereka mengaku mengambil suntikan air suling atau air garam dengan alasan kononnya mereka tetap mendapatkan suntikan cuma tidak mengandungi vaksin COVID-19,āĀ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan siasatan membabitkan kes seorang doktor yang didakwa mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 tanpa suntikan sebenar di klinik swastaĀ di Marang.
KatanyaĀ setakat ini, siasatan polis mendapati 1,223 nama individu yang berurusan dengan klinik berkenaan telah dihantar kepada pihak vendor untuk dikeluarkan sijil vaksinasi melaluiĀ MySejahtera.
“Pihak klinik telah menghantar nama mereka kepada vendor untuk dimasukkan dalamĀ MySejahtera, tapi polis percaya tak semua penama ini telah mendapatkan suntikan sebenar,ā katanya.
Rohaimi berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa sijil vaksinasi yang telah dikeluarkan klinik doktor berkenaan sudahĀ disekat oleh pihak Kementerian KesihatanĀ (KKM).
āTiada lagi kesahanĀ pada sijil yang dikeluarkan oleh klinik berkenaanĀ dan polis juga mendapat kerjasama daripada pihakĀ majikan yang mengesyaki pekerja mereka terlibat dengan kes klinik itu.
āAda pelbagai kategori individu dipercayai terlibat termasuk kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat besar dan adaĀ golongan yang tidak bekerja,ā katanya.
Pada 8 Jan lepas seorang doktor lelaki berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 tanpa suntikan sebenar dengan mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.