Satu jam 250 kg ikan, 100 ekor ayam ‘licin’ dijual

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MERLIMAU 26 Jun – Sebanyak 250 kilogram (kg) ikan dan 100 ekor ayam yang dijual di bawah harga pasaran ‘licin’ dalam tempoh satu jam jualan di tempat letak kereta Taman Merlimau Utara, Jasin, awal pagi tadi.

Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh berkata berkata Pemuda UMNO Jasin menganjurkan jualan bermula jam 8 pagi itu bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Berikutan itu, katanya pihaknya membeli ikan kembung daripada pemborong dengan harga kira-kira RM8 bagi setiap kg ikan kembung dan seekor ayam sebelum menjualnya pada harga RM5 bagi seekor ayam atau setiap kg ikan.

“Jadi, kita memberikan subsidi kira-kira RM3 bagi setiap kilogram ikan kembung atau seekor ayam menyebabkan orang ramai tidak putus-putus sehingga ia habis dijual dalam tempoh satu jam.

“Hari ini secara keseluruhannya kita menjual sebanyak 250 kilogram serta 100 ekor ayam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

JUALAN murah Pasar Pemuda Umno Jasin secara pandu lalu.

Hadir sama dalam jualan murah itu, Ahli Parlimen Jasin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Ahmad turut menyumbangkan sebanyak 500 papan telur ayam untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai yang membeli secara pandu lalu di lokasi berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata inisiatif itu akan diteruskan sepanjang tempoh PKP 3.0 bagi mengurangkan beban rakyat.

“Esok kita dijangka akan mengadakan jualan sama di bandar Jasin berhampiran sebuah pasar raya,” katanya.

 

Views:

261
Kongsi :
Previous post Lelaki maut ditembak ketika sertai pertandingan bola sepak
Next post Vaksin Pfizer, Sinovac, Az sesuai untuk ibu mengandung – KJ
Ubah saiz-+=