Saya mohon maaf – Muhyiddin

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PUTRAJAYA 4 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada rakyat seluruh negara susulan kemelut politik yang melanda negara disaat rakyat terpaksa bergelut memerangi COVID-19.

Perdana Menteri berkata, suhu mencabar politik ketika ini bagaimanapun tidak sesekali mengganggu Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari sekalian kerana dalam keadaan negara kita sedang berhadapan dengan cabaran besar menangani pandemik COVID-19, saya terpaksa tampil menjelaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri.

“Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan,” katanya

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah jam 12.30 tengah hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

447
Kongsi :
Previous post Tragedi pelajar maut cari liputan internet dapat perhatian menteri komunikasi
Next post Muhyiddin jamin PICK tidak terganggu akibat kemelut politik
Ubah saiz-+=