
SBPI Selandar beroperasi seperti biasa
SELANDAR 3 Dis- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar beroperasi seperti biasa namun dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin setiap hari.
Exco Kesihatan dan Antidadah, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata pemantauan teliti daripada PKD Jasin setiap hari akan dilakukan di sekolah terbabit.
Katanya, susulan satu kes positif pelajar Tingkatan lima di sekolah terbabit, proses sanitasi di sekolah itu akan dilakukan dengan lebih kerap.
“Yang paling penting kita kekang penularan COVID-19 ini dari merebak ke pelajar-pelajar yang lain, meskipun pelajar yang positif itu adalah dari kes sporadik.
“Operasi sekolah seperti biasa, namun pemantauan yang ketat dan teliti dari PKD Jasin akan dilakukan setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat SBPI Integrasi Selandar, petang tadi.
Untuk rekod, kes pertama positif Covid-19 membabitkan seorang pelajar Tingkatan Lima di SBPI Selandar yang kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC Ayer Keroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
