
Sebahagian kerangka besi projek pembinaan LRT3 runtuh, tiada kemalangan jiwa
KLANG 17 Jun — Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi tadi.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...

