
Sedia mansuh upah potong ayam sekiranya harga siling dinaikkan
BACHANG 11 Mei – Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, sedia memansuhkan upah memotong ayam sekiranya kerajaan menaikkan harga siling bahan mentah itu.
Pada 9 April lalu kira-kira 20 peniaga ayam bersepakat mengenakan caj memotong ayam sebanyak RM0.60 untuk setiap satu kilogram (kg).
Caj itu dikenakan kepada pembeli bagi menampung kos operasi selepas kerajaan menetapkan harga siling ayam RM8.90 satu kg.

Peniaga ayam Ghazali Abu Bakar berkata, mereka sepakat mengenakan caj itu bagi menampung kos operasi berikutan harga diterima daripada pembekal adalah antara RM8.60 hingga RM8.80 satu kg.
“Kalau kerajaan setuju menaikkan kembali harga antara RM9.60 hingga RM9.80Â satu kg kami akan mansuhkan caj berkenaan, pembeli tidak lagi marah.
“Saya akui ramai pembeli mempersoalkan cak dikenakan, tapi kami beri penerangan kepada mereka. Harap cadangan kami dipertimbangkan,” katanya.
Seorang lagi peniaga Hamzah Osman turut menyuarakan nada sama apabila meminta harga siling ayam dikaji kembali.
“Caj ini dikenakan untuk kami peniaga menampung kos operasi bukannya mahu bebankan pembeli.
“Sekiranya harga siling dinaikkan kami sedia untuk tidak lagi kenakan upah potong ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
