Segera atasi masalah rakyat, jangan tunggu sidang DUN

Masa Membaca:3 Minit, 23 Saat
DAK MAT

SIDANG DUN Melaka berlangsung dengan lancar sepanjang empat hari bermula Isnin minggu lalu dengan ucapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

‘Tok Leman’ pun nampaknya berpuas hati berbanding sebelum ini dengan perjalanan sidang bukan saja lancar, malah pembabitkan ADUN dalam berbahas juga amat baik. Mat tumpang bangga.

Beliau kata, pembahas baik pembahasannya dan banyak intipati dilontarkan pihak pembangkang kepada pihak kerajaan.

Malah, pihak kerajaan juga dapat memberikan jawapan cukup tuntas untuk dihadam pihak yang menanyakan soalan.

Inilah sepatutnya berlaku dalam sidang DUN yang menjadi ‘medan’ untuk mengangkat masalah rakyat dan menentukan penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.

Mat mengikuti Sidang DUN kali ini, biarpun ada persoalan tertentu tidak sempat diutarakan, tidak perlu melenting masa berbahas dihadkan kerana tidak bermakna nasib rakyat diketepikan.

Seperti kata timbalan speaker, selari tawaran kerajaan kepada pembangkang selaku rakan strategik, penyelesaian masalah rakyat tidak harus dihadkan hanya dalam sidang DUN.

Mat amat setuju, bila mana masalah rakyat ini dapat diselesaikan pada sebilang masa. ADUN berkaitan harus ambil peluang untuk terus berjumpa dengan agensi kerajaan berkaitan untuk setiap masalah dilaporkan rakyat.

Dak Mat: Bekerja dalam senyap

 

KOTA A’Famosa antara tinggalan sejarah penjajahan Portugis di Melaka yang menjadi tarikan pelancongan. (Foto fail/MR. Azli).

Jangan ‘kalut’ nak buka segera pelancongan negeri

MAT pasti ramai teruja dan gembira dengan pengumuman kerajaan untuk benarkan rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Dijangkakan kurang sebulan dari sekarang kebenaran itu boleh diberikan termasuk aktiviti gelembung pelancongan domestik.

Kebenaran itu sememangnya ditagih penggiat pelancongan di Melaka bagi memacu kembali industri itu yang ‘lumpuh’ sejak PKP dilaksanakan.

Pelbagai persediaan telah pun dilakukan termasuk melengkapkan vaksinasi pemain industri.

Dari satu segi, Mat bersetuju ketegasan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bahawa sektor pelancongan negeri tidak akan dibuka pada 1 Oktober dan akan mengikut ketetapan Kerajaan Pusat.

Pandangan Mat, keputusan ini amat tepat kerana kita tidak mahu kegembiraan boleh melancong dan merentas negeri akhirnya bertukar duka.

Ini kerana virus COVID-19 masih aktif di Malaysia dengan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti termasuk mereka yang lengkap dua dos vaksin.

Ini terbukti apabila 10 daripada 8,507 pengembara dikesan positif sebe- lum terbang ke Langkawi setakat 17 September lalu dengan lima lagi adalah kontak rapat.

Mujur SOP ketat dibuat dan mengesan mereka kerana ia merupakan projek rintis gelembung pelancongan domestik.

Dak Mat: Biar lambat asal selamat

KIT ujian pantas COVID-19 ditetapkan pada harga runcit RM19.90 dan RM16 bagi harga borong. (GAMBAR HIASAN)

Kurangkan harga kit ujian kendiri semurah yang boleh

INISIATIF kerajaan menetapkan harga syiling runcit set kit ujian kendiri COVID19 pada pada harga RM19.90 dan RM16 bagi borong pasti melegakan rakyat secara amnya.

Harga di bawah RM20 ini agak berpatutan dan sedikit melegakan orang ramai berbanding harga asal RM39.90 seunit.

Mat terbaca kerajaan juga akan menyemak berterusan untuk menu- runkan lagi harga kit ujian ini agar berpatutan kepada rakyat menjelang akhir tahun.

Ia berita baik yang sememangnya ditunggu-tunggu rakyat dalam norma baru penjagaan kesihatan, seperti juga isu harga pelitup muka pada awal pandemik.

Kita harap diturunkan semurah yang boleh berbanding hampir RM20 sekarang supaya setiap keluarga mampu memilikinya pada setiap waktu.

Jadinya, mereka boleh melakukan ujian COVID-19 secara berkala untuk seluruh ahli keluarga. Jika ada kalangan ahli keluarga positif jangkitan, mereka boleh segera melakukan kuarantin kendiri.

Di atas semua ini, Mat rasa campur tangan kerajaan penting bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menjual kit pada harga tinggi ketika rakyat tersepit dengan pandemik.

Dari satu segi kita juga berterima kasih kepada kerajaan apabila mem- peruntukkan lebih RM471.6 juta bagi pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada keluarga B40.

Selain pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga), ada kit ujian kendiri COVID-19 (empat kit setiap keluarga), satu pulse oximeter, ter- mometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Dak Mat: Kerajaan prihatin, rakyat sejahtera

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post Dua pendaki sesat di Gunung Pulai ditemukan selamat malam tadi
Next post RMK-12: Lebih banyak peluang kerja berkemahiran tinggi diwujudkan – PM
Ubah saiz-+=