Sejarah penjaga samudera

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

BANDA HILIR 25 November – Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak di Jalan Merdeka atau berhadapan Muzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar) antara produk mampu menjadi tarikan pelawat tempatan dan antarabangsa pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti.

Muzium yang dahulunya terletak di pangkalan TLDM Lumut, Perak dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya, sekali gus mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh TLDM.

Navy 3
PENGUNJUNG berswafoto dengan berlatarbelakangkan helikopter Westland Wasp pernah berkhidmat bersama TLDM. Foto MR AZLI

Muzium ini yang dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995 mempamerkan gambar mantan Panglima TLDM, pingat kebesaran, tanda pangkat, sistem persenjataan, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang digunakan ketika dalam pelayaran.

Sementara itu bahagian luar muzium pula dipamerkan kapal ‘Ex KD Sri Terengganu’ dan helikopter jenis Westland Wasp pernah digunakan KD Rajawali yang sudah ditamatkan perkhidmatan daripada TLDM.

Navy 1
MUZIUM TLDM di Jalan Merdeka, Banda Hilir. Foto MR AZLI

Bukan sekadar sebagai gedung ilmu, muzium berkenaan juga menjadi pusat dokumentasi sejarah penubuhan, kemajuan dan aktiviti TLDM sehingga kini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

979
Kongsi :
Previous post Rezeki saudagar puyuh
Next post UTeM-IPT China kongsi kepakaran martabat TVET ke rantau Asia
Ubah saiz-+=