
SEKOLAH DIJADIKAN PPS, TAK GANGGU SESI PEMBELAJARAN
AYER KEROH 15 Oktober – Sesi pembelajaran di beberapa buah sekolah sekitar Jasin yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) berjalan seperti biasa.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ini kerana mangsa yang terjejas banjir ditempatkan di dewan sekolah berkenaan.
“Sebagai makluman sesi pembelajaran tidak terganggu, setakat ini kesemua mangsa ditempatkan di dewan sekolah. Jadi sekolah-sekolah yang dijadikan PPS ini, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
“Bagi murid atau pelajar yang mana PPS mereka ditempatkan itu adalah sekolah mereka, tidak ada masalah boleh mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa. Jika murid dari sekolah lain juga tidak ada masalah untuk menumpang bagi mengikuti sesi pembelajaran di sekolah yang dijadikan PPS,” katanya.
Rahmad berkata, berdasarkan keadaan semasa dan kesukaran mungkin dialami, murid atau pelajar terjejas banjir dibenar memakai pakaian yang bersesuaian untuk hadir ke sekolah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
RUNDINGAN KERJASAMA PRN MELAKA BELUM BERMULA – AB RAUF
BANDA HILIR 24 September - Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
INTEGRITI, AMANAH JADI TERAS WARGA MAIM
PENGKALAN BATU 24 September - Nilai integriti dan amanah perlu terus menjadi teras dalam budaya kerja warga Majlis Agama Islam...
DULU 30 MINIT, KINI BAWAH 10 MINIT LALU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 24 September - Dilema penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang berdepan kesesakan luar biasa kini...
