
Sekolah Henry Gurney jadi kawasan PKPD
KUALA LUMPUR 4 Mac. – Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan di sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mulai 6 Mac hingga 19 Mac ini ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di pusat itu.
Menteri Keselamatan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu susulan Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 152 warga sekolah itu didapati positif wabak itu setakat semalam melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga mereka dan 139 tahanan.
“Setelah membuat penilaian risiko kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di sekolah tersebut bermula 6 Mac hingga 19 Mac depan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni yang terlibat serta mengawal penularan jangkitan
dalam komuniti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
