
Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja – Nancy
KUCHING, 14 Mei – Sektor pelancongan negara kini berhadapan kekurangan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang pekerja, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurutnya anggaran tersebut diperoleh daripada data persatuan-persatuan pelancongan tempatan dan masalah itu bukan hanya dihadapi oleh sektor itu malah melibatkan keseluruhan industri lain dalam negara.
Nancy berkata kerajaan kini sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.
“Secara rasmi, kementerian saya telah mengemukakan perkara ini (masalah kekurangan pekerja) kepada Kabinet dan kerajaan sebenarnya sudah luluskan untuk membawa pekerja dari luar negara.
“Cuma buat masa ini perkara itu baru diluluskan dan harus melalui beberapa proses, kita perlu tunggu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penggiat industri pelancongan di sini, hari ini.
Beliau berkata majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan, selain menjangkakan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam satu ke dua bulan lagi terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Sementara itu, katanya, bilangan pelancong yang memasuki negara setakat ini telah mencecah lebih 500,000 orang dan beliau yakin angka itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MUAFAKAT MELAKA BERTERASKAN INTEGRITI, KEMAKMURAN DAN KEADILAN – ZULKIFLI
AYER KEROH 7 November - Gagasan Muafakat Melaka yang digerakkan menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berteraskan...
‘SATU BUMBUNG, SATU KELUARGA’ PEGANGAN PPPPK BANTU PENIAGA SAMUDERA
BANDAR HILIR 7 November - Berpegang kepada prinsip 'satu bumbung, satu keluarga', Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan...
PRN MELAKA: PENGALAMAN DEKATI MASYARAKAT JADI KEKUATAN ABDUL HAKIM
LENDU 7 November - Pengalaman luas mendekati masyarakat serta keprihatinan terhadap kebajikan penduduk menjadi antara ciri yang dihargai penduduk terhadap...
HAKISAN SUNGAI BERTAM ULU DIKHUATIRI ANCAM LEBUH SPA
SUNGAI UDANG 7 November - Masalah hakisan tebing Sungai Bertam Ulu bukan sahaja mengancam kediaman penduduk, malah berpotensi memberi risiko...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN TINGKAT KEYAKINAN RAIH KEMENANGAN BESAR – ISMAIL SABRI
ASAHAN 7 November – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16...
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November – Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
