Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir
KOTA BHARU, 5 Jan – Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.
Beliau berkata kerosakan dan kerugian itu melibatkan 12,000 orang petani, penternak serta pengusaha agromakanan di seluruh negara.
“Bagi meringankan beban ditanggung, program MAFS Prihatin menyediakan 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kit sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan kepada komuniti angromakanan yang terjejas.
“Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM1 juta sebagai menyantuni komuniti agromakanan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Bantuan Banjir kepada 350 warga MAFS Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha MAFS Datuk Haslina Abdul Hamid.
Bagaimanapun, Mohamad berkata bekalan makanan negara masih terjamin.
“Bekalan makanan terjamin dan mencukupi kerana banjir hanya di Pantai Timur… di Pantai Barat tidak terancam sangat,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANAM MELON, IKHTIAR UNTUK UBAH NASIB
KLEBANG 13 November - "Mungkin dengan cara ini dapat buktikan yang saya sekarang betul-betul sudah berubah dan ingin berhijrah kepada...
RXZ MEMBERS MELAKA: DATARAN MITC DIJANGKA ‘FULL HOUSE’
AYER KEROH 13 November - Penganjuran Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 di Dataran MITC, pada 6 dan 7...
BEKAS MENTERI KEWANGAN TUN DAIM MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 13 Nov - Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital...
TAUHU HALALAN TOYYIBAN, AIR TANGAN BEKAS JURURAWAT
MERLIMAU 13 November - Keputusan wanita ini untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai jururawat dan fokus kepada perniagaan lima tahun lalu...
WARISAN MELAYU MELAKA DIPERLUAS HINGGA NUSANTARA
AYER KEROH 13 November - Warisan Melayu Melaka bukan sahaja membentuk landskap budaya dan sosial di negeri ini, bahkan memberi...
MELAKA MILIKI ‘AURA’ GAMIT PEMINAT RXZ
AYER KEROH 12 November - Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan memiliki aura tersendiri untuk menggamit puluhan ribu peminat dua roda...