Sorting by

×

SEMAI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI PROGRAM SAYA ANAK MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 September – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mempelawa ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang lahir pada bulan September untuk menyertai Program Saya Anak Malaysia dijadualkan pada 16 September ini.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata, program bakal diadakan di Muzium Sejarah dan Etnografi, Banda Hilir itu dianjurkan sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia.

Katanya, seramai 30 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun akan diraikan bersama keluarga masing-masing pada program berkenaan yang padat dengan pelbagai aktiviti seperti dekorasi payung bertema Jalur Gemilang, pertandingan keluarga terbaik bertemakan Hari Malaysia, sambutan hari lahir anak Malaysia serta lawatan berpandu ke muzium.

“Kami berhasrat menawarkan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak dan keluarga mereka dalam suasana penuh patriotisme selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Penyertaan adalah percuma dan setiap kanak-kanak yang terpilih akan menerima T-shirt dan sijil penyertaan, makan serta minum juga disediakan,” katanya.

Erne berkata, ibu bapa yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftarkan anak masing-masing dengan melengkapkan butiran menerusi pautan https://forms.gle/FHbPDgXhRBUVnLVS6.

“Diharap program ini dapat menyemarakkan sambutan Hari Malaysia dan cuti sekolah dengan cara yang bermanfaat serta penuh dengan nilai sejarah dan kecintaan kepada negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

949
Kongsi :
Previous post SENI SILAT: SIMBOLIK SEMANGAT CINTAKAN SENI WARISAN BANGSA DAN NEGARA
Next post LELAKI MYANMAR MAUT DISYAKI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK