Semangat kibar Jalur Gemilang meresap ke akar umbi

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SUNGAI RAMBAI 30 Julai – Semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat khusus di Negeri Melaka, diharap sentiasa menebal sepanjang tahun dan bukan sekadar meriah pada bulan sambutan kemerdekaan sahaja.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berharap, kesan daripada kempen dijalankan agensi dan jabatan kerajaan semangat itu meresap hingga ke akar umbi serta sebati dengan masyarakat.

Fairul Nizam juga berharap, semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang semakin membara bersempena dengan sambutan Hari kebangsaan tidak lama lagi.

“Kempen kibar Jalur Gemilang turut digerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jabatan Penerangan (JaPen) negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional serta Pejabat Daerah.

“Kita menerima kerjasama amat baik daripada semua agensi kerajaan, bagaimanapun mengharapkan semangat ini diperluaskan ke peringkat rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 diadakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis, Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom,  Pengarah JaPen Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah dan Pengarah JaPen Johor, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin.

Terdahulu pada program sama Fairul Nizam, menyaksikan penyerahan kibaran Jalur Gemilang dari Pengarah JaPen Naim Fahmi Ahmad Tajuddin kepada Shahrom sebagai simbolik untuk meneruskan kembara berkenaan.

Seterusnya esok, konvoi dari Melaka membabitkan 50 kenderaan akan menyerahkan kibaran Jalur Gemilang kepada wakil kembara seterusnya di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Melaka merupakan ‘chekpoint’ ke 49 di negara ini selepas jelajah itu dimulakan Julai lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4355
Kongsi :
Previous post Stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk
Next post Chee Yee dilantik Timbalan Speaker DUN Melaka
Ubah saiz-+=