
SEMBILAN PASUKAN MASUK GELANGGANG, REBUT PIALA YB HELMY
DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2.
Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti.
“Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan.
“Sebagai Adun kawasan, menjadi harapan saya agar penganjuran liga ini menjadi medan penyatuan dalam kalangan belia, kepada penduduk sekitar DUN Duyong, jom beramai-ramai hadir bagi menyaksikan perlawanan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, liga dianjurkan juga mampu menarik minat dalam kalangan warga Duyong untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain mencari bakat baharu dalam sukan bola sepak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEDEKAD BINA EMPAYAR KLINIK GIGI, DR. NURUL AIN DIIKTIRAF USAHAWAN WANITA BERJAYA MELAKA
KLEBANG 6 Disember - Kejayaan hampir sedekad membina empayar perkhidmatan pergigian membawa tuah berganda kepada Dr. Nurul Ain Jaafar, 41,...
MAIM SALUR RM3.15 JUTA BANTUAN PERSEDIAAN SEKOLAH 8,861 ANAK ASNAF
TELOK MAS 6 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM3.15 juta bagi bantuan persediaan persekolahan anak-anak asnaf, fakir...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: DANA PELANCONGAN REMAJA DIPERKENALKAN
TELOK MAS 6 Disember - Dalam usaha memperluaskan lagi sektor pelancongan, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Dana Pelancongan Remaja yang akan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPAG KOMITED LAKSANA PROJEK BERIMPAK UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 6 Disember – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyambut baik pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang disifatkan menyeluruh...
JEJANTAS TUN TEJA SAKSI WANITA MARTABAT SUKAN TRADISIONAL
PENGKALAN BATU 6 Disember - Jejantas Tun Teja mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi 'medan' pertandingan sukan tradisional buat julung kalinya....
MELAKA ANGKAT SUKAN TRADISIONAL SEBAGAI KHAZANAH BUDAYA
PENGKALAN BATU 6 Disember - Penganjuran Kejohanan Sukan Tradisional Tun Teja Piala YAB Ketua Menteri Melaka akan diteruskan dalam usaha...

