
Sembilan SJR di Melaka mulai esok – KM
BANDA HILIR 8 Nov. – Sebanyak sembilan Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dilaksanakan di negeri ini bermula esok.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan empat di Daerah Jasin dan lima di Daerah Alor Gajah.
“Sekatan ini rentetan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 6 Disember depan.
“Esok sudah ada sekatan jalan raya di Daerah Jasin dan Alor Gajah, semua pintu masuk akan ada sekatan jalan.
“Bila ia dilaksanakan bagaimana pelancongan Negeri Melaka (untuk terus hidup), jadi saya mohon adanya kempen-kempen khusus untuk orang Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Melakan Visit Melaka Packages 2020 di Cafe Stadthuys, hari ini.
Jelas Sulaiman, setakat ini sebanyak 18 pengusaha produk pelancongan turut serta dalam kempen promosi produk pelancongan di Melaka.
Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron.
Views:
Related


Berita Lain
DARI GIATMARA SUNGAI RAMBAI KE QATAR AIRWAYS
AYER KEROH 23 Jun - Bermula dengan belajar mengimpal kepingan logam, Ibrahim Zolkepli, 41, sekarang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab...
KARIPAP PUSING USAHAWAN MAIM SEMAKIN TERSOHOR
TABOH NANING 23 Jun - Jika sebelum ini Sharifah Rahima Mohd Sahar, hanya mampu menyiapkan kira-kira 200 biji karipap sahaja...
TAMAN REKREASI KESANG DAMAI KINI LEBIH CERIA, KONDUSIF
JASIN 23 Jun - Lebih 500 penduduk sekitar Taman Kesang Damai, kini menikmati kemudahan awam lebih selesa dan kondusif setelah...
ISU BANJIR, SRA JAIM FOKUS UTAMA WRUR DUN BEMBAN
BEMBAN 23 Jun - Penyelesaian isu banjir dan pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) baharu di bawah Jabatan Agama Islam Melaka...
40 SYARIKAT PENGENDALI BAS DI MELAKA AKAN DIAUDIT MENYELURUH
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 40 buah syarikat pengendali bas di negeri ini bakal menjalani proses audit menyeluruh dalam...
TIGA PEMANDU ‘BAS PINK’ DIGANTUNG TUGAS
AYER KEROH 22 Jun - Perkhidmatan tiga pemandu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (MyBas) atau lebih dikenali sebagai ‘bas pink’...