Suspek tikam anjing hingga terburai usus direman

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 8 Nov. – Seorang lelaki yang menikam anjing hingga terburai usus di Taman Maju, di sini direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit selepas menerima laporan daripada seorang suri rumah berusia 37 tahun selepas kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan, suspek dipercayai mabuk telah menceroboh masuk ke halaman rumah wanita terbabit yang tidak berkunci dan terus menikam anjing berkenaan.

“Difahamkan suspek telah bertindak mencederakan anjing peliharaan pengadu menggunakan senjata sebilah parang kecil di mana ketika kejadian tersebut pengadu mendengar anjingnya membuat bising dan terus melihat dari tingkap bilik dan telah nampak perbuatan suspek itu.

“Selepas melakukan perbuatan tersebut, suspek yang dipercayai mabuk bergerak pergi dari rumah pengadu dan telah membuat bising dengan menjerit di bahagian luar rumah pengadu sebelum pengadu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mispani berkata, hasil pemeriksaan mendapati anjing berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian perut dan mati beberapa jam kemudian.

Pihaknya juga telah merampas sebilah sabit besi dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat di bawah seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 428 Kanun Keseksaan.

Views:

505
Kongsi :
Previous post Ekonomi Melaka terus dijaga
Next post Sembilan SJR di Melaka mulai esok – KM
Ubah saiz-+=