Semburan mikrob efektif atasi pencemaran bau di Sungai Udang

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 1 Mac – Penyemburan mikrob efektif (EM) antara langkah diambil operator bagi menangani masalah pencemaran bau dihadapi penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Tapak Pelupusan Sampah Sanitari Sungai Udang.

EXCO Alam Sekitar, Datuk Zaidi Atan berkata, penyemburan tiga kali sehari dilaksanakan pada waktu pagi, petang dan malam menggunakan 3,000 liter cecair EM.

Jelasnya, Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengambil beberapa inisiatif bagi mengatasi isu serakan pencemaran bau dari kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Penyemburan EM dapat mengurangkan bau secara drastik berbanding kaedah konvensional. Kaedah ini dihadkan kepada 20 peratus kawasan sel aktif sahaja.

“Manakala 80 pertaus kawasan ini ditutup bagi mengurangkan serakan bau dari tapak. Perkara ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang diwajibkan dan dipatuhi setiap masa oleh pihak operator,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Muhammad Aleef Yusof (PN- Sungai Udang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi menangani isu berkenaan, kerja-kerja timbusan tanah harian (Daily Cover) secara teratur juga dijalankan dengan mewajibkan timbusan pada kawasan sel aktif.

Menurutnya, ia bertujuan mengawal air lanan ke permukaan, penghasilan leachafe, limpahan leachate, bau dan gas metana.

“Kerja-kerja timbusan harian ini dijalankan samada menggunakan tanah liat dengan ketebalan diantara 150-300 milimeter atau menutup dengan kanvas (PPW Woven Geotextile),” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1081
Kongsi :
Previous post Banjir: 708 calon SPM kertas BM, BI duduki peperiksaan pada April
Next post Sulaiman beri tumpuan kepada kebajikan rakyat
Ubah saiz-+=