Sempat belanja satu warung sebelum maut nahas

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

ALOR GAJAH 13 November – Lelaki warga emas yang maut bersama isteri, menantu dan cucu lelakinya sempat belanja pelanggan di warung makanan milik adiknya sebelum terbabit nahas kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam, Machap Baru di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan pada jam 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71 maut bersama isteri, Latipah Dorahim, 66 dan menantu, Syazana Tharin, 30 serta cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5 yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) maut akibat cedera parah di bahagian kepala.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang juga anak Syazana berusia kira-kira dua tahun parah manakala pemandu kenderaan pelbagai guna (4×4) berusia 59 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu cedera ringan.

9F76A61C-BBF8-49B3-9C4D-6A7EB88A37D2
OSMAN

Adik bongsu Ib Rahim, Osman, 62 berkata arwah abangnya datang ke warung makanannya yang terletak berhampiran Masjid Felda Bukit Senggeh selepas solat Subuh.

“Pagi tadi dia ada datang kedai bersarapan dan arwah beritahu hendak belanja semua pelanggan di kedai dan maklumkan hendak bertolak ke Langkawi hari ini sebab hari ini hari jadinya.

“Itu adalah kali terakhir saya berjumpa dengannya selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 8 lebih pagi tadi,” katanya.

C3AF1B6B-2251-4831-A570-E27619D2F47A
Mohd Sham

Sementara itu, anak ketiga Ib Rahim, Mohd Sham, 48 berkata gurauan terhadap bapanya yang mempamerkan keterujaan untuk bercuti pagi tadi ternyata menjadi usikan terakhir sebelum menerima khabar duka itu.

“Abah ‘happy’ sangat hendak pergi Langkawi, dia sempat beritahu saya “Abah hendak pergi Langkawi, Dak Wan (Muhammad Izwan) bawa, saya pun sempat mengusik, sempat kata padanya, wow!

“Namun apabila mendapat panggilan dari adik lelaki, Muhammad Izwan pada jam 8.30 pagi tadi memaklumkan arwah sudah tidak ada, saya terdiam dan terkejut, masih teringat wajah senyumnya kerana dia memang suka tersenyum,” katanya.

Jenazah Allahyarham Ibrahim dan Latipah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Senggeh hari ini manakala lokasi pengebumian jenazah menantu dan cucu lelaki belum diputuskan ahli keluarga.

184104BE-D5BF-4119-9AEF-C4F97696642C
MPV yang mengorbankan empat sekeluarga dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam, Machap Baru di sini.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

14775
Kongsi :
Previous post Percutian ke Langkawi bersama anak, menantu dan cucu tidak kesampaian
Next post Perkenal produk jenama Tangga Batu di persada dunia – Ban Hong
Ubah saiz-+=