Sempat tawar seks PKP 3.0 ‘lockdown’

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 3 Jun – Seorang wanita Vietnam ditahan selepas dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di sebuah premis di Melaka Raya dekat sini, semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan ketika pasukan pemantauan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan Op Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di hotel berkenaan pada jam 6.45 petang.

Ketua JSJ negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik berkenaan mendapati wanita berkenaan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran bersama seorang pelanggan warga tempatan.

Katanya, dalam penahanan itu, polis turut merampas beberapa paket kondom, cecair pelincir dan sejumlah wang tunai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan aktivti pelacuran sejak seminggu lalu dan menyewa bilik hotel terbabit selama empat hari bermula Isnin lalu.

“Siasatan lanjut turut mendedahkan wanita berkenaan mengenakan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sukri berkata, berikutan itu, wanita berkenaan ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan khidmat seks.

“Wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1093
Kongsi :
Previous post COVID-19: Melaka catat 5 kematian baharu hari ini
Next post Segerakan pelaksanaan bantuan PEMERKASA Tambahan
Ubah saiz-+=